Tentang SAC Skills Institute
Selamat Datang ke SAC Skills Institute (SACSI). Ia merupakan satu-satunya Pusat Bertauliah Swasta, di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang bertapak di Tampin, Negeri Sembilan.
Secara rasminya, SACSI ditubuhkan pada tanggal 28 Julai 2016 yang lalu dan diurustadbir sepenuhnya oleh Ar Raudhah Edu Sdn Bhd.
SACSI membawa wadah yang jitu bersama Transformasi Kemahiran TVET yang menjadi matlamat Negara untuk menghasilkan pekerja mahir yang diperlukan oleh industri.
Kemudahan dan kelengkapan SACSI yang mengkhusus kepada pentadbiran dan kesetiausahaan menjadi inspirasi dengan semangat dan nilai keusahawanan yang tinggi.
Harapan untuk memberi kesan tersendiri dan positif kepada masyarakat, semua tenaga pengajar dan kakitangan SACSI komited untuk menyediakan persekitaran yang sihat dalam mendidik bagi melahirkan generasi pemimpin berinovatif pada masa akan datang.
Terima kasih kerana melawat laman web SACSI. Sila luangkan masa untuk meneroka dan mengetahui apa yang menjadikan SACSI sebagai institusi yang berbeza dari institusi yang lain.
Moto
Memperkasa Kemahiran Tenaga Mahir Malaysia
Visi
Menjadikan SAC Skills Institute sebagai pusat kecemerlangan kemahiran yang berkualiti dan berketerampilan
Misi
Melahirkan tenaga kerja mahir yang cemerlang dan berdaya saing
Objektif
- Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
- Menyediakan program kemahiran di peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi melahirkan tenga kerja yang mahir dan cemerlang untuk merealisasikan wawasan negara.
- Menampung kekurangan tempat pengajian di Institusi Latihan Awam (ILA) dalam usaha mendapatkan kelayakan dan kemahiran yang setara dan setaraf.
- Melahirkan tenaga kerja yang berwibawa dan berkualiti.
Kursus Yang Ditawarkan
Pentadbiran Korporat & STCW (FB-025-3-STCW)
Program Dwi-Persijilan SACSI menggabungkan kecekapan pentadbiran korporat dengan kesiapsiagaan maritim global. Pelatih menguasai pentadbiran operasi melalui SKM Tahap 3, serta sijil STCW yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Graduan bukan sahaja dipersediakan dan dibentuk menjadi tenaga kerja mahir yang berkelayakan untuk memacu kelancaran organisasi perkapalan di lautan, malah turut mempunyai potensi kerjaya yang besar di daratan, sebagai pelengkap persediaan di masa hadapan.
Tempoh
- 14 bulan
Kelayakan
- Lulus PT3 / PMR / SPM ; atau
- Berumur 16 – 35 tahun ; dan
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
- Sihat Tubuh Badan (Wajib)
- Bujang (Wajib)
- Tiada Rekod Jenayah
Badan Pengurusan SACSI
SACSI dikendalikan oleh individu yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing
Pengiktirafan
Galeri
Borang Pendaftaran
Hubungi Kami
Alamat:
No 1, Pusat Perdagangan Seri Delima,
73000 Tampin, Negeri Sembilan
Telefon:
+606 441 0359 (Faks)
Email:
2021 © Hakcipta Terpelihara SAC Skills Institute











