Pengurusan Pejabat Promosi pengambilan pelajar Maklumat Lanjut Setiausaha Korporat Eksekutif Promosi pengambilan pelajar Maklumat Lanjut

Tentang SAC Skills Institute

Selamat Datang ke SAC Skills Institute (SACSI). Ia merupakan satu-satunya Pusat Bertauliah Swasta, di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang bertapak di Tampin, Negeri Sembilan.

Secara rasminya, SACSI  ditubuhkan pada tanggal 28 Julai 2016 yang lalu dan diurustadbir sepenuhnya oleh Ar Raudhah Edu Sdn Bhd.

SACSI membawa wadah yang jitu bersama Transformasi Kemahiran TVET yang menjadi matlamat Negara untuk menghasilkan pekerja mahir yang diperlukan oleh industri.

Kemudahan dan kelengkapan SACSI yang mengkhusus kepada pentadbiran dan kesetiausahaan menjadi inspirasi dengan semangat dan nilai keusahawanan yang tinggi.

Harapan untuk memberi kesan tersendiri dan positif kepada masyarakat, semua tenaga pengajar dan kakitangan SACSI komited untuk menyediakan persekitaran yang sihat dalam mendidik bagi melahirkan generasi pemimpin berinovatif pada masa akan datang.

Terima kasih kerana melawat laman web SACSI. Sila luangkan masa untuk meneroka dan mengetahui apa yang menjadikan SACSI sebagai institusi yang berbeza dari institusi yang lain.

Moto

Memperkasa Kemahiran Tenaga Mahir Malaysia

Visi

Menjadikan SAC Skills Institute sebagai pusat kecemerlangan kemahiran yang  berkualiti dan berketerampilan

Misi

Melahirkan tenaga kerja mahir  yang cemerlang dan berdaya saing

Objektif
  1. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
  2. Menyediakan program kemahiran di peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi melahirkan tenga kerja yang mahir dan cemerlang untuk merealisasikan wawasan negara.
  3. Menampung kekurangan tempat pengajian di Institusi Latihan Awam (ILA) dalam usaha mendapatkan kelayakan dan kemahiran yang setara dan setaraf.
  4. Melahirkan tenaga kerja yang berwibawa dan berkualiti.

Kursus Yang Ditawarkan

Sijil Kemahiran Malaysia
Pengurusan Pejabat (FB-024-2)

Program Pengurusan Pejabat SACSI mempunyai matlamat yang jelas iaitu melatih tenaga mahir iaitu pembantu kepada penyelia yang berketerampilan di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pejabat serta lain-lain yang berkaitan.

Tempoh
  • 6 bulan
Kelayakan
  • Lulus PT3 / PMR / SPM ; atau
  • Berumur 16 – 45 tahun ; dan
  • Boleh bertutur dan menulis
Sijil Kemahiran Malaysia
Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3)

Program Setiausaha Korporat Eksekutif SACSI melahirkan tenaga mahir iaitu seorang setiausaha yang berketerampilan dan professional dalam dunia korporat. Pelatih akan dilatih sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan yang penting di pejabat dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Tempoh
  • 12 bulan
Kelayakan
  • Lulus PT3 / PMR / SPM ; atau
  • Berumur 16 – 45 tahun ; dan
  • Boleh bertutur dan menulis

Badan Pengurusan SACSI

SACSI dikendalikan oleh individu yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing

Mohd Jafrey b Moideen Kutty

Ahli Lembaga Pengarah

Shafie b Md Sarip

Ahli Lembaga Pengarah

Salina binti Kadirun

Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)

Azlina binti Arifin

Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)

Haslinda binti Hassan

Pegawai Penilai (PP)

Najibah binti Abdullah

Pegawai Penilai (PP)

Lazreni binti Shamsuddin

Pegawai Penilai (PP)

Nurul Asnida binti Daruwanan

Pegawai Penilai (PP)

Pengiktirafan

Galeri

Borang Pendaftaran

We’re glad to discuss your organisation’s situation. So please contact us via the details below, or enter your request.

Hubungi Kami

Alamat:

SAC Skills Institute,
No 1, Pusat Perdagangan Seri Delima,
73000 Tampin, Negeri Sembilan

Telefon:

+606 441 0216 (Pejabat)
+606 441 0359 (Faks)

Email:

admission@sac.edu.my

2021 © Hakcipta Terpelihara SAC Skills Institute